Tuesday, February 1, 2011

Febuari Bulan C.I.N.T.A

ermm sekejap je masa berlalu...sedar-tak sedar kita dah di bulan febuari tahun 2011...
cepat kan..

dan macam biasa bila dah masuk ke bulan feb...bermakna bulan-bulan cinta bagi mama dah kian hampir...
mengimbau kenangan 4 tahun lepas, semuanya terjadi di bulan febuari yang serba indah..
febuari bukan sahaja sekadar menunggu kedatangan chinese new year dan mengingati sambutan hari kekasih , (umat Islam tak baik sambut yer) malah lebih besar lagi dari itu...

bulan febuari bermakna bulan penyatuan cinta mama & papa..
penyatuan dua hati menjadi satu..
mengingati saat-saat kebahagaian kami...
di mana  terasa bagai semalam semuanya terjadi..

17-02-2007 @ chinese new year 2007 menjadi saksi segalanya...
betapa tak sedar waktu-waktu berlalu....segala asam garam berumahtangga selama 4 tahun kami harungi bersama...susah senang, suka duka kami berkongsi bersama...

4tahun telah berlalu...kini perkahwinan kami dah membuahkan hasil..
memiliki 2 orang puteri yang gorjes, anugerah yang sangat bermakna...
how many times fly..





inilah pegikat kasih antara mama & papa




tanpa kehadiran puteri-puteri cilik ini tentu rumahtangga mama&papa suram bagai tidak berlampu...
sejuk seperti cuaca mendung dan hujan seperti sekarang..:)


owhhh bercerita pasal musim hujan & banjir..teringat pada kampung halaman..
pahang pun terlibat juga ... biasalah tiap-tiap tahun pasti kene banjir, samada teruk @ tidak jer...

tahun ni banjir teruk melanda sebelah selatan tanahair..orang-orang johor & melaka tengah mengahadapi saat-saat getir di sana..semoga semuanya baik dan kembali seperti biasa tak lama lagi...
peralatan & perkakas rumah rosak tak ape, janji nyawa selamat....
kepada srikandi Lyn moga tabah mengaharungi musim-musim banjir di sana...


teringat peristiwa banjir besar yang melanda pahang tahun 2008...masa tu habis rumah mak chu tenggelam sampai nampak bumbung aje..habis semua peralatan rumah &  perkakas elektrik rosak..semuanye kene di ganti baru...dan paling terharu Sultan Pahang yang terkenal sangat dengan sifat mesra rakyat sanggup mencemar duli melawat mangsa-mangsa banjir..
hari ini dalam sejarah kawasan jengka di landa banjir..itulah sebabnye apabila sungai pahang melimpah..tsskkk
rumah atok kat jengka 7 pun, terasa tempiasnye..bila ladang sawit di tenggelami air & jalan ditutup..makanya jengka 7 terputus hubungan masa tu..semua warga jengka 7 tak boleh berhubung dengan dunia luar..
kelakar bila makngah citer keretanya terpaksa naik atas trailer untuk menyeberangi jalan yang tenggelam tu..nasib ada trailer kan, kalau tak tak balik kerja lah jawabnye..kebetulan masa kejadian makngah tengah berweekend di jengka..







mama kalau banjir macamane kita nak balik pahang??



kita tumpang naik kapal papalah kakyong.....^_^



harap-harap perjalan pulang ke pahang esok semuanya akan selamat...
kata papa lepas raya cina surutlah banjir tu...biasalah chinese new year mesti hujan..baru ada 'ong' mengikut keprcayaan mereka..yolah tu papa....kalau setakat hujan takper, ini banjirooo..


uppsss selamat ke cik the nak balik  pahang dari johor tu..dengar cerita banyak jalan-jalan ditutup..??






nak tambah pendapatan? try click ini..

No comments: