Sunday, February 20, 2011

pembantu rumah dari neraka

"Orang cemerlang sentiasa belajar daripada kesilapan lalu, 
orang yang berjaya bukannya tidak pernah jatuh tetapi 
bangkit semula setiap kali jatuh 
kegagalan sebenar ialah apabila kita berhenti mencuba." 



waa..tajuk macam ape jer kan...hehee..amacam ada berani??
dengar tajuk pun seram sejuk mikirnye..dari neraka??
pagi tadi mama macam biasa tengok rancangan feberet mama setiap pagi sabtu & ahad..
isu yang dibincangkan pembantu rumah dari neraka dalam segmen hentikan tangisanmu...artis jemputan Wardina dan pelakon Linda..pelakon ni selalu jadi pembantu saja..mungkin ada yang kenal dan ada yang tak berapa nak kenal..dulu zaman mama kecik-kecik kalau tengok citer pendekar-pendekar selalu dia ada berlakon..

kisah yang terjadi kepada anak pelakon Linda nilah..hampir di dera oleh pembantu rumah..nasib si pelakon ni ada pasang CCTV dalam bilik air..maka nampaklah kejadian malang yang menimpa anak lelaki bongsunya yang berusia 4 tahun ketika itu..err..geram sangat bila tengok indon tu main campak gitu jer budak tu, basuh berak guna kaki..dah tu jirus air sesedap rasa dia jer...main tarik-tarik, hentak-hentak., puluk sana-sini, cubit sesedap hati...ya-Allah ade jugak yang tak berkeprimanusian macam ni..ini memang betul pembantu dari neraka..
yang sadisnya pelakon tu,si Linda hanya memberhentikan serta merta sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan..

Itulah bak kata Wardina, macamne jika pembantu rumah yang bermasalah tu di ambil oleh manjikan lain pula, tentu masalah yang sama akan berulang kembali..betul jugak kan...Wardina plak menceritakan pengalamannya bertukar pembantu rumah seramai 10 orang semata-mata untuk mencari pembantu rumah yang sesuai..kata Wardina lagi kita perlu mengikut kata hati seorang ibu, jika hati tak sedap lebih baik berhentikan dan cari yang lain..dan selalunya naluri ibu adalah tepat..

mama teringat macamanelah masa kakyong di jaga oleh opah dulu..
teringat kata-kata Wardina tentang pembantunya yang suka berlakon, sangat baik depan kita dan kita dapat rasakan yang itu semua pura-pura semata..betul..dulu, mama pun ada rasa sangsi dengan lakonan kepura-puraan opah..tapi ntahlah, hati ni begitu lemah nak tarik balik penjagaan kakyong dekat dia..

opah..mulut manis..kadang-kadang nampak sangat kepura-puraannya...hai...kenapalah mama membiarkan sahaja perkara itu berlaku..lagi pula tak sangka sampai tahap begitu sekali..tak sangka sampai menyiksa jiwa anak..tak sangka Qaisara boleh menangis sehari suntuk kat sana..sebab kakyong kalau kat rumah nak dengar suara menangis pun susah...sampai jiran-jiran selalu bertanya & memuji kakyong langsung tak dengar suara..memang gudgal..

Opah tu selalu kata 'makcik anggap macam cucu makcik, janganlah risau..g jelah kerja bail-baik.." kemain lagi dia sayang-sayang, timang-timang anak mama..rupa-rupa itu semua lakonan..mama dah dapat rasakan, yang kata-kata makcik tu bohong belaka...plastik...tapi kenapalah diri ini terlalu lemah..mama cuba lawan perasaan syak wasangka...

itulah kata orang naluri ibu selalunya benar..kalau ada rasa curiga, rasa kurang enak..baik hantar anak ke tempat lain, cari bbysitter lain, cari je taska lain..kalau pembantu rumah tu carik je indon lain..tapi kene malabur banyak lah sikit..tak perlah untuk keselesaan anak-anak..duit, berapa banyak pun kita boleh cari..tapi nilai anak..takkan sama nilainya dengan seguning harta..
mama belajar banyak sangat sepanjang pengalaman dengan opah ni...
terlalu banyak pengajarannya...terlalu banyak ikhtibarnya..

belajar untuk mendengar kata hati..belajar untuk curiga & lebih berhati-hati..
belajar bahawa tak salah melabur lebih sikit untuk keselesaan anak-anak..
belajar untuk tidak berkira dengan wang ringgit, kerana pasti ada rezeki untuk mereka..

untuk anak-anak mama,
untuk kakyong & adik...mama mohon maaf kerana tersalah pilih babysitter untuk kamu berdua..
mama minta maaf kerana tidak mendengar kata hati dahulu..
mama berjanji tidak akan mengulanginya lagi...

untuk para pembantu rumah / babysitter,
cubalah ikhlas untuk menjaga anak-anak..
ibubapa memberi sepenuh kepercayaan & tanggungjawab kepada kamu..
janganlah mempersiakanya & tolonglah bersabar dengan kerenah mereka..
kerana kamu di bayar..dan jika tidak sabar / tak sanggup beritahu awal-awal
bukan dengan cara melepaskan kemarahan kepada anak kecil yang belum mengerti apa-apa...


kepada ibu bapa,
ingatlah pembantu rumah juga orang biasa, yang perlukan rehat bukan bekerja 24jam..
ingatlah mereka hanya membantu menjaga anak-anak semasa ketiadaan kita dirumah..
bukannya mengambil alih tugas menjaga & melakukan kerja rumah 24jam..






inilah harta mama yang paling beharga





mama janji akan lebih berhati-hati dan berwaspada di masa akan datang...& mama berdoa kepada Allah agar pengalaman lampau tak akan berulang lagi...ya-Allah Kau lindungilah anak-anakku....




No comments: