Thursday, December 16, 2010

salam 10 muharram salam assyuuraa'




salam 10 muharram...salam hari assyuuraa' buat semua umat Islam...
sayangnye mama cotii hari ni, ketinggalan semua amalan sunat 9&10muharram..
tak dapat berpuasa dan mandi sunat 10 muharram pagi tadi..
besar pahalanya kalau kita dapat buat sunat 9 & 10 muharram...
fadhilatnya seolah-olah kita menunaikan 10 ribu kali umrah dan haji...
wooowww....ruginye mama tahun ni...
takperlah dah fitrah wanita kan...:)


kalau mama kat jengka masa ni mesti dapat makan bubur assyuuraa'...
ohhh kemegeraan mama tuh...
ingat lagi masa preggykan Qaisara mama teringin nak makan bubur assyuuraa'..
walaupun dah terlepas 10 muharram 
tokwan dan makchu gagah jugee mengacaunye dalam kawah kat belakang umah..
nak juge kacau dalam kawah..walhal dalam kuali besauu pun boleh..
ngade2 ibu mengandungggg...
demi anak dalam pewutt nak makan...hehe
nasib masa tuh ade tenaga papa bolehlah tolong kacau ape yang patut..
walau tak sesedap mana..tapi hasil air tangan orang-orang tersayang
dapatlah kami semua makan dengan berseleranya...DD..

waahhh tetiba fikiran mama terbang pulang ke jengka..
rindu sama mak dan kakakku ituhhh...tssskk
apakahabarlah orang di sana yer..
uikk..tengah makan bubur assyuuraa' ke tu...
bikin jeless seyhhh..
nanti malam kita webcam okeee..
sekarang jarak bukanlah halangan perhubungan kan...DD



bercerita pasal 10 muharram ni..
tahu tak kita..
kenapa di panggil assyuuraa' kerana ia jatuh pada hari ke sepuluh bulan muharram
dan ade juge berpendapat kerana Allah telah memuliakan kepada nabi-nabi dengan 10 kehormatan..
dan tahukah kita...
banyak perkara-perkara penting dalam Islam terjadi pada hari tersebut..
antara yang mama tahu pada 10 Muharram yakni hari assyuuraa'
Allah telah jadikan bumi dan langit,jadikan Adam & Hawa..
Allah juga jadikan Syurga dan masukkan Adam ke syurga pada harii assyuuraa'
serta meneggelamkan Fir'aun pada hari assyuuraa'..
dan yang belum terjadi ..iaitu Allah akan menjadikan hari Qiammat pada hari assyuuraa'..
oooooooooo..mama pun baru tahuuu...
panjangnye oooo ituuuu...isshhh mama nehhh..
kalau nak lebih info bacalah amalan 10 muharram..  




antara fadhilat yang mama rasa kita patut praktikan as a parents ialah amalan ini..
Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram
Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah
sebanyak 7 kali (Apabila  sampai  bacaan  kita  pada  ayat “Iyya kanak budu” kita  berdoa  di dalam  hati  tentang  hajat  kita – terutamanya  untuk anak-anak.  Kemudian  air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.
jom kita sama-sama mempraktikkan amalan ini setiap tahun..
tak rugi mempraktikkan amalan yang sangat bagus ini...

betapa besarnya fadhilat Allah untuk hamba-hambanya yang mengetahui dan menunaikan..
jadi kepada yang belum tahu atau yang sudah tahuu marilah kita sama-sama muhasabah diri dan terus tingkatkan taqwa dalam diri kita..
di samping menunaikan ibadah sunat jangan dilupakan ibadah wajib..
ingat dan harus ingat..
peringatan untuk mama, papa dan anak-anak jugeee..



+______+









mama jom kita balik jengka nak...

adik pun dah rinduuu bangattt dengan orang-orang pahang....DD





adik jomlah naik car dengan kakak kita balik jengka sama-sama

kakak pun teringin juge nak makan bubur asyuuraa'
dulu-dulu makan masa dalam womb mama jerk...

pon-pon.....jom balik kampung dengan shayeeee..




*___________*







okee dokeee...

nanti mama ajak papa kitaa zasss balik kampung oraittt..
gegurl rinduuuu orang cana yerk...

mama lagi rindu...
rinduuunyeee..

jom kita nyanyi lagu rindu bagi mengubati kerinduaan ini..

ekekeekke...DD

mmmmuuahhhhsss





No comments: