Monday, February 14, 2011

❤。 ✿Ada apa dengan valentine's day??❤。 ✿



salam pagi isnin yang indah...hari macam mengantuk sikit lah...malam tadi mama tak dapat tidur nyenyak..jap-jap bangun, berlari ke sink..memuntahkan isi perut....
aiikkk..muntah???ada apa-apa ke tu...lekat perut ke??


wahahahaaaa..


jangan salah sangka yee, bukan memuntahkan isi perut, memuntahkan isi di tekak ni haa...
huhu..kesihatan mama sikit terganggu...ujian Allah, tanda ingatan dari-Nya untuk mama...dah seminggu mama batuk berdengkung-dengkung, tak baik-baik..sekarang dah jangkit kat gegurl..makanya kami dah batuk berjemaah bersama-sama sekarang..tapi juaranya tetap mama..
mama bikin bising je malam-malam, risau tidur gegurl & papa terganggu...



mama terpaksa berlari batuk kat luar..batuk puas-puas baru masuk bilik..sampaikan keluar darah, kerongkong mama dah berdarah sebab lama sangat batuk...:( hoho...mulalah risau..
gatalnye tekak ni,makan ubat batuk dah habis 2 botol..tapi tak baik-baik..gula-gula hacks & woods peepermint dah habis berpacket-packet tapi tetap tak jalan..aduhh...waduhh
ada jugak mama amalkan petua isikan minyak masak + bawang putih kat leher..kasi hilang rasa gatal-gatal dalam kerongkong....p
pagi ni terpaksa datang lewat sikit ke opis, nak g beli ubat dulu...tunggu klinik buka...


sampai kat opis dalam kul 9pagi...pejabat kosong & lengang je hari ni..semua staff ada perjumpaan dengan Dato' KP kat AADK Negeri di Ipoh..mama dan beberapa orang KP di pertanggungjawabkan menjaga pejabat hari ni...uhhh ..amann....^_*


wallalaweh hari 14hb febuari lor...hari ni valentine's day iaitu hari memperingati kekasih...
alangkah indahnya kalau masuk je kerja pagi-pagi ada jambangan bunga mawar merah & sekotak coklat ferrefo rochel atas meja...pemberian istimewa kekasih hati sempena hari memperingati kekasih..
terasa indahnya hari pabila ada yang menghargai diri sebegitu rupa..:)
itulah perasaan muda-mudi yang sedang ingin bercinta, tanpa disedari bahawa sambutan hari valentine's adalah haram hukumnya disisi Islam..
hanya penganut Kristian ynag menyambut hari valentine's tidak bagi Islam sejati..

syukur, Mama & papa tak pernah sambut pun hari kekasih..sebab ianya bukanlah adat & budaya orang kita, orang Islam..bagi mama, hari-hari boleh di istilahkan sebagai hari kekasih, terpulang pada kita untuk melakarkan makna kekasih dalam diri kita..betul tak?


ermm ada apa dengan valentine's day??tahukah kita apakah maksud valentine's day itu dan tahukah kita apakah sejarah sambutan hari kekasih pada 14feb ini??kalau nak tahu lebih lanjut sila baca -apa-pandangan-islam tentang valentine's day ini...
selain dikaitkan dengan kematian paderi Kristian St Valentine yang mati kerana sanggup bekorban untuk agamanya, ada juga pendapat yang mengatakan hari valentines sempena hari kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol..

so, fikir-fikirkan, janganlah sesekali ngade-ngade nak sambut valentine's dengan kekasih, janganlah gatal-gatal nak buat-buat merajuk jika pasangan kita buat dekk je di hari ini, walaupun ianya dipanggil hari memperingati kekasih..tapi harus diingat ianya bukan budaya kita as a muslim...

dulu. mama masa di zaman jahiliah...ekekkek..ada jugak ngade-ngade nak sambut hari kekasih ni...konon nak romantik de amoorrr lah sangat kan..D nasib papa selalu potonggg hasrat mama tu...

dan bagi kami tak sambut hari kekasih pada 14 feb pun takper, sebab kami sambut hari kekasih pada 16 & 17feb...ermmmm taklama dah....weeeeee....
jom tengok gambar-gambar mama & papa di zaman muda-muda dulu...
di zaman berlovey dovey..zaman berkasih sayang dulu-dulu.....*_^




seronoknya andai begini selamanya





semuanya terasa indah





hadirmu membawa cahaya




terima kasih ya-Allah..
Kau panjangkan jodoh kami hingga ke jinjang pelamin...
bersatu dua hati menjadi satu....
kini kami bahagia bersama..
bersama 2 permata hati..permaisuri penyeri hari-hari kami...
syukur di atas kurnian-Mu ya-Allah...




gambar di kota keriangan Genting Highlands...
masa ni papa & mama dah bertunang...
masing-masing slim melimmmmje kan.....
bilalah nak dapat macam ni lagi dengan papa...
dengan situasi romantik begini...badan macam ni...
huahhaaaaa.....




*thanx untuk papa kerna gigih mengscan semua gambar-gambar ini 
demi memenuhi kehendak isteri tercheentaaaa....(',)*










nak tambah pendapatan? try click ini..

No comments: