Friday, February 25, 2011

kerana kamu nadi kami



‎"If you're alone, I'll be your shadow.
 If you want to cry, I'll be your shoulder. 
If you want a hug, I'll be your pillow.
 If you need to be happy, I'll be your smile. 
But anytime you need a friend, I'll just be me" .... 



Petang semalam gegurl tak sabar-sabar nak balik rumah...yeeeyeeaa kakyong nak jumpa papa..’papa kat umahh’ katanya...’takder papa tak baliklah..papa kejeeeee....’takkk..papa kat umahhh..papa sakitt’
Itulah gelagat kakyong semalam..berharap sangat dia papa dia ada kat rumah..walau berulang kali mama bagitahu papa kerja..balik-balik terus buka pintu bilik, sebab masa dia nak g rumah acik myra pagi tu papa tidur dalam bilik...


Hampa kakyong carik papa takder...


petang semalam papa call mama, bagitau dapat call kene masuk kerja...ada kes nak kene settle..tsskk...Walaupun mc papa tetap berkhidmat untuk Negara..huhu...cian papa..papa duty 24hours..kepala masih pusing lagi tu..papa hati-hati work eyh..mama & gegurl doakan papa cepat sembuh & bebas dari sebarang penyakit..
sabar jelah papa, dah motto navy rela bekorban kenelah bersedia bila-bila masa..


Papa kami memang wira kan...we proud of you papa..


Papa ni jenis tak suka tunjuk kesakitan yang di tanggung..like semalam..walaupun perut sakit bergulung-gulung, tapi papa tetap berjalan mundar-mandir, sampai kene tegur dengan doc..itu cara papa nak tahan sakit katanya, kalau rest, tido jer bertambah sakit..


Ramai kawan-kawan bercerita susah nak jaga hubby diaorang kalau demam..lagi susah dari jaga anak demam..nak itu-nak ini..nak picit kepala lah, nak urutlah...bila mama dengar, mama rasa macam pelik pulak..sebab papa tak macam tu..mama tak pernah tengok papa sakit...


Kalau papa demam dia akan jadi lagi cergas dari biasa..papa akan buat kerja, tak dok diam..papa akan kuar jogging, atau buat something yang boleh kuarkan peluh..papa kata tulah cara nak kasi cepat kebah...bukan dengan cara baring , tidur & berselimut jerk..


kalau sakit pinggang pun sama..papa & mama ni memang serupa, kami selalu sakit pinggang..mama tahu macamane seksanya sakit pinggang...adoii sangat hazabb..nak bergerak sangat payah..tapi mama tengok papa slamber jer..masa nak bangun je nampak macam susah sikit..sikit jer..then lepas tu nampak macam normal jer..mama selalu Tanya papa ni sakit ke tak??nampak rileks jer..


Macam tak caya tengok keadaan papa..sebab tu bila dengar citer kawan-kawan, mama rasa macam pelik..papa memang tak tahu penat..jarang tengok papa tidur siang..cergas manjang..


Mungkin sebab kami asal dari kampong..anak peneroka..anak Felda..papa memang lelaki yang gagah..ekekk..kalau wat kerja-kerja kampong ni memang tak kekok..untung mama dapat suami macam papa..ke Bandar boleh, ke kampong boleh, ke ladang boleh..ke sungai boleh...ke laut..lagilah bolehhh...thheeeee...


Sebab tulah bila dengar papa masuk ward, kene tahan kat hospital..mama dah tak keruan..mama tahu itu mesti serius..sebab kalau tak teruk papa tak akan ke hospital..takkan sampai kene tahan ward, kene masuk air..kene check air kencing, check darah, scan & x-ray..

Kalaulah kerja disektor awam@swasta, papa dah boleh rest kat rumah..apakan daya papa seorang tentera..yang mana kerja adalah paling utama, family no 2..tsskkk...siiiaannn kan...

sebab tulah kami sayang papa kami...papa adalah wira..yess..papa hero kami..
get well soon papa..makan ubat jangan ngelat..mama harap papa bebas daripada sebarang penyakit yang berbahaya...kalau papa sakit macamlah dengan kami...tssskk..mesti kami pun sakit sekali....huhu






papa kene selalu sehat...
kerana papalah nadi kami..nadi mama. nadi anak-anak..







No comments: