Thursday, October 7, 2010

syawal tiba ke penghujung..

sedar tak sedar je dah nak sampai ke penghujung syawal thn ni...alhmdullialh mama dapat sempurnakan syawal thn ni dengan berpuasa 6 sunat bln syawal...fadhilatnya sgtlah besar ..kpd teman2 yg masih belum berkesempatan, masih ada waktu di hujung2 syawal ini..cepat takut terlambat..sgtlah rugi jika terlepas utk menunaikan ibadah sunat ini..walaupun sunat tp ganjaranya sgtlah besar...

al-maklumlah open house di sana sini..kalo tak hadir ke mjlis mcm tak best lak org dah jemput..kalo dah g tu mesti mau mkn sepinggan dua..kannn..kdg2 tak sempat dan takde peluang nak menunaikan puasa sunat yg satu nehh..tambah2 kaum2 hawa neh..bila dah ada masa..kuar plak bendera merah..bulan mengambang penuh dah takleh nak puasa lagi.. *ewaahhh byk alasann yerkkk*

sedar2..dah nak ke penghujung bln syawal ni..nmpk gayanye kene tggu syawal thn dpn la plak..itupun kalo pjg umo yer teman2 sekalian..insya-Allah..
kalo tak sempat..aduhhh betapa ruginya...
andainya kita tahu fadhilatnya...andainya kita tahu pahala yg akan kita terima..
mesti kita tak akan lepaskan peluang keemasan ni utk tambahkan pahala..

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan , kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal, adalah seperti berpuasa setahun.”

Dikatakan bahawa ‘seperti setahun’ itu kerana 30 hari puasa Ramadhan itu bersamaan 10 bulan dan 6 hari syawal bersamaan 60 hari, maka jadilah 360 hari iaitu kira2 setahun. Setahun hijriyah bersamaan 355 hari kerana tahun hijri kurang 10 hari daripada tahun masihi yang ada 365 hari setahun.

kaedah kira2nya begini:

30 X 10 =300
6 X 10 = 60;
jadi, 300 +60= 360 HARI.

Kenapa didarab dengan 10? Ada hadis yang menyamakan 30 hari itu sama dengan 10 bulan dan 6 hari bersamaan dengan 60 hari. Juga berdasarkan kepada satu hadis yang bermaksud,

“Setiap amalan anak Adam digandakan baginya 10 (kali ganda) yang seumpamanya) hingga kepada 700 kali ganda… ..”

Jadi, kalau pakai gandaan yang paling minimum iaitu 10, maka hasilnya ialah 360 hari.

byk tuuu...


Ulama’ berselisih pendapat dalam masalah niat. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh niat serentak yakni niat puasa ganti bln ramadhan dan puasa sunat 6 bln syawal..

Dalam mazhab Syafi’e, setengah ulama’ mengharuskan niat serentak puasa qadha dan sunat syawal dan terhasil fadhilat puasa syawal dengan niat serentak. Setengah lagi mengatakan bahawa kalau hanya niat puasa qadha’ sahaja sekalipun, tetap dapat pahala fadhilat puasa 6 hari dalam syawal kerana umum hadis tidak menyebut sama ada puasa itu qadha ataupun puasa sunat !!

makna raya pada mama cukuplah sekadar dapat melihat anak2 heppy, ceria..berpakaian baru bewarna warni..jalan ramai2..menziarahi sanak saudara..seronok tgk anak2 gumbira bila dpt wit raya..walaupun anak2 mama kecik lg dan belum tahu nilai wang dlm erti yg sebenanya..dan yg paling penting dpt berkumpul adikberadik di rumah ayah ibu..ntahkan kita dpt berkumpul semula atau tidak tahun hadapan..hanya Allah yg menetukan..ajal maut jodoh pertemuan semuanya ditangan Allah..

*mama raya dah nak habess yerrr...*


*kakyong thn depan kita raya lg erkkk...*

* kalo pjg umor kita jmp lagi syawal thn dpn*


*thn depan mesti adik dah pandai jln sndri kan...
kakyong nnt kita g raye berdua yerr kalo mama malasss..
kita ajak kak leysa..arieff..adam..nurinn..yeaaayeaa*


Ya Allah Kau terimalah segala amalanku di bulan syawal yg mulia ini...
moga aku dimurahkan rezeki dan di beri peluang untuk menyambutnya lagi di tahun hadapan bersama insan2 kesayanganku..aminn






No comments: